Setelah beristikharah dan memohon petunjuk Ilahi, akhirnya saya menyatakan hasrat untuk memulakan bidang baru dalam hidup ini. Menulis. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan kongsikan kepada para pembaca tentang pelbagai kisah dan bidang yang menarik tentang kehidupan. Saya bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas, namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan.
Sebarang komen dan makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya.
Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi saham kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Terima kasih kepada anda yang singgah ke website ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.
Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang kurang itu dari diri saya sendiri.
CIK MOON